Selepas video polis trafik Malaysia meminta rasuah disiarkan laman web The Straits Times Stomp, pelbagai komen diberikan pembaca laman web itu yang umumnya adalah penduduk republik berkenaan.
Mungkin juga ada rakyat Malaysia pun komen sama…entah la…
Secara umum, semua komen-komen itu menghina badan beruniform kita.
Malah, ramai yang cuba mensabitkan kejadian pegawai polis meminta rasuah itu dengan penguat kuasa yang lain termasuk Imigresen dan Kastam.
Berikut beberapa komen yang disiarkan;
Msia Official Begger in uniform. Begging for $$ is more important than dignity & pride (Getrealz).
Peminta sedekah rasmi Malaysia memakai uniform. Merayu sedekah untuk $$ lebih penting daripada maruah dan harga diri.
Komen ini lagi teruk, mengatakan polis Malaysia sanggup terima rasuah RM2.
my uncle who is a malaysian also gets stoppped and they ask for money. said some even take as little as R$2.00 THATS how corrupted they are..but it cant be stopped because its rampant. (sonambulist)
Pakcik saya orang Malaysia pernah ditahan dan mereka (polis) meminta wang. Katanya ada yang sampai RM2 pun ambik. BEGITU korupnya mereka…namun ia tidak boleh dihentikan kerana ia berleluasa….
Hari raya coming, need more money (IHAVEpink_IC)
Raya semakin hampir, perlukan lebih banyak duit.
Secara umumnya, melalui komen yang diberikan itu maka kita dapat rumuskan bahawa mereka di Singapura merasakan diri mereka teralu hebat dan bagus. Mereka yang memberi rasuah itu kononnya tidak bersalah. Mungkin itulah mentaliti hidup terkongkong dan ketakutan dalam pulau yang kecil.
Rasanya…yang meminta dan yang setuju beri sama aje. Kalau tak nak bagi rasuah, mintak ajelah untuk disaman. Habis kes….yang mamat Singapura tu dah la bagi rasuah, lepas tu rekodkan benda tu dan siar kat satu dunia buat apa? Kalau dia tak bagi rasuah tu nampaklah mulia, ini tidak…itulah namanya samdol.
Di sebalik semua itu, persoalan yang agak penting juga ialah kenapa ada anggota polis meminta rasuah.
Jawapannya secara sahih kita tidak tahu. Namun secara umum pastinya dipengaruhi sikap tamak.
Selain salah di sini undang-undang, sikap itu juga salah antara anggota atau pegawai berkenaan dengan Tuhan. Jawablah di kemudian hari kalau terlepas kat dunia.
Persoalan rasuah dalam polis bukan isu baru. Namun yang menjadi penghalang kepada pengurangan sikap itu adalah pengurusan tertinggi polis sendiri.
Selagi kempimpinan tertinggi polis tidak mengakui rasuah adalah barah dalam pasukan itu, selagi itu ia akan kekal berlaku. Kalau duk ulang dialog ‘hanya segelintir….hanya segelintir….sampai kiamat masalah itu tidak akan selesai.
Namun, kita juga harus ingat…memang benar bukan semua terlibat dengan gejala itu.
Bapa mertua penulis seorang pencen polis. Sampai hari ini masih duk bayar bank untuk rumah murah yang dibelinya di Perak.
Harga rumah tu RM25,000 aje masa dia beli, tapi sehingga kini masih duk bayar.
Bukan nak up bapak mertua sendiri….tapi kalau dia orangnya jahat, tentu duduk rumah yang lagi besar dan dah berpuluh tahun dahulu habis bayar.
Namun, hidupnya gembira. Semua anaknya habis belajar universiti. Kerja bagus-bagus.
Tak lupa balik ziarah hampir setiap bulan.
Bagi polis-polis yang ambik duit haram….pernah lihat keadaan anak-anak mereka? Berapa ramai yang berakhir menjadi penjenayah yang selama ini menjadi tanggungjawab bapa mereka untuk banteras dan tangkap?
Memang penulis tak mampu nak bagi statistik untuk mengkukuhkan hujah di atas….tapi pengalaman hidup terutama di zaman persekolahan dahulu memperlihatkan bahawa hasil rasuah akan hanya membawa kepada kemusnahan keluarga….
Mengapa tidak kan….bagaimana seorang bapa kaki rasuah nak mendidik anaknya?
Polis yang balik rumah dengan poket penuh duit haram nak marah anak tak mengaji dan sembayang….sedangkan anak dia pun tahu kehidupan keluarganya jauh lebih mewah daripada gaji bapanya itu…..ada masa ke anak tu nak dengar cakap…..umpama ibu ketam ajar anak dia jalan lurus….mana boleh?
Tak mampu dan tidak ada air muka yang cukup untuk melarang…duit untuk bergembira pula tak pernah putus….akhirnya anak-anak hancur…
Ini bukan sekadar berlaku dalam keluarga polis….dalam mana-mana keluarga yang menjadikan rasuah punca utama pendapatan…bersedialah untuk lihat diri dan keluarga anda hancur suatu hari nanti.
Jangan bagi alasan gaji tak cukup…dah tahu sebelum masuk kerja hari pertama berapa gaji polis…..
Pilih la jalan sendiri…..pilih yang terbaik.
0 ulasan:
Catat Ulasan